CARA-CARA PEMBAJAAN

Telah dijelaskan bahawa Ben Smart ini dirumus khas untuk penambahan berat hasil (buah). Ia disarankan diguna pada pokok yang sudah matang (berbuah).Bagi tanaman kelapa sawit, ianya amat sesuai dimulakan dengan pokok yang berumur 5 tahun dan keatas.





POKOK KELAPA SAWIT
1 pokok 1 sudu 
  • 1 sudu bersamaan dengan 40gm
  • digunakan sebanyak 4 kali setahun dengan kekerapan 3 bulan sekali  

POKOK GETAH
1 pokok 1 camca teh

  • 1 camca bersamaan dengan 15gm
  • digunakan sebanyak 2 kali setahun dengan kekerapan  6 bulan sekali

POKOK BUAH-BUAHAN
1 pokok 1 sudu setengah
  •  1 sudu setengah bersamaan 60gm
  •  digunakan selepas musim tamat  iaitu 2 kali setahun dengan kekerapan 6 bulan sekali

Bagi pokok buah-buahan yang bermusim seperti durian, nangka, cempedak dan lain-lain, disarankan penggunaannya 2 kali setahun iaitu sekali sebelum musim buah bermula dan sekali selepas musim. Ini adalah bagi menggantikan semula nutrien yang hilang semasa pengeluaran buah.

Pemantauan sedang dijalankan untuk tanaman seperti padi, cili, jagung, dan kekacang. Hasil amat memberangsangkan tetapi pemantauan masih dijalankan bagi menentukan dos yang optimum untuk penggunaan bagi tanaman tersebut.

No comments:

Post a Comment