BEN SMART adalah baja hasil gabungan kimia (sintetik) dan organik yang diproses dengan kepakaran bioteknologi khusus untuk memberatkan buah. Ia mengandungi nutrisi mikro dan makro yang sangat diperlukan oleh tanaman.
Walaupun penggunaannya hanyalah satu sudu sahaja, namun ia mampu memberi nutrisi yang mencukupi untuk tanaman. Penggunaannya telah terbukti berkesan dan ia tidak memberi kesan sampingan terhadap tanaman, haiwan, mahupun alam sekitar.
Ia juga berfungsi sebagai pemangkin untuk kesuburan tanah dan dapat meningkatkan kadar CEC tanah. Ben Smart juga membolehkan mikrobiologi tanah membuat aktiviti dengan lebih efektif. Mikrobiologi ini akan membuat makanan dan sekaligus ia menjadi sumber nutrisi bagi tanaman.
Kesan penggunaan Ben Smart juga dapat mengimbang kadar pH tanah agar ia lebih sesuai digunakan untuk pertanian. Secara praktikalnya, Ben Smart telah menjadi satu produk yang berjaya memenuhi kehendak para petani kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos bahkan ia dapat meningkatkan hasil sehingga 30% dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Teknologi pembuatannya yang mesra alam juga dapat menghindarkan daripada kesan-kesan yang negatif.
SUMBER MAKLUMAT
Cu – Klorofil
K – Fotosintesis
Zn – Membantu tumbuhan menyerap N dan K
Mo – Mengelakkan serangan penyakit
Mg – Klorofil
Zn, Fe, Mn, Mg, Ca, O
Unsur yang terdapat pada Zeolite dapat menstabilkan tanah.
Karbon, Hidrogen dan Oksigen
Diperlukan tumbuhan untuk membina karbohidrat. Ia diperoleh dalam bentuk karbon dioksida daripada atmosfera dan air daripada tanah.
Nitrogen
Merupakan juzuk dalam molekul protein, asid nukleik, klorofil serta enzim fotosintesis dan respirasi. Apabila kekurangan nitrogen, daun akan bertukar menjadi kuning (klorosis). Kekuningan bermula dari daun yang matang kemudian ke daun muda.
Fosporus
Merupakan juzuk asid nukleik, adenosine trifosfat (ATP), fosfolipid dan setengah koenzim yang penting untuk fotosintesis dan respirasi. Kekurangan fosporus akan menyebabkan daun yang matang akan berwarna hijau tua dan berbintik bintik merah.
Fungsi kalium
Belum diketahui sepenuhnya oleh para saintis. Namun mereka percaya bahawa unsur ini terlibat dalam metabolisme protein dan karbohidrat dalam tumbuhan. Kekurangan kalium akan menyebabkan pengumpulan karbohidrat dalam tumbuhan dan pengurangan sintesis protein. Masalah ini dapat dilihat apabila daun menjadi kuning, diikuti dengan kematian hujung dan pinggir daun.
Fungsi air pada tumbuhan
Air tidak tergolong dalam bahan organik kerana tidak mempunyai unsur karbon. Molekul air hanya mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Air merupakan pelarut terbaik bagi kebanyakkan komposisi kimia didalam sel.
Bagi sel tumbuhan, selain air membantu mengangkut garam mineral, ia juga membantu menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi.
Apakah unsur yang diperlukan oleh tumbuhan? Saintis Sach dan Knop menyenaraikan sepuluh unsur yang penting dalam tumbuhan, iaitu karbon(C), hydrogen(H), oksigen(O), nitrogen(N), fosporus(P), kalium(K), kalsium(Ca), sulfur(S), magnesium(Mg), dan Ferum(Fe).
Ben Smart sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman pada semua jenis tanah. Ben Smart dirumus mengikut keperluan nutrisi tanaman. Ia mengandungi nutrisi mikro dan makro yang sangat diperlukan oleh tanaman.Kandungan kimia didalamnya adalah terkawal dan ia dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Cara pengunaannya amat menjimatkan iaitu hanya 5 kilogram untuk sehektar (kelapa sawit).
KELEBIHAN BEN SMART
- Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.
- Khusus untuk memberatkan buah.
- Mudah dan menjimatkan kos pembajaan.
- Meningkatkan sistem imunisasi tanaman.
- Mudah ditabur pada tanaman.
- Mengandungi Zeolite spesis Clinoptilolite.
- Mengandungi unsur mikro dan makro nutrisi yang lengkap untuk keperluan tanaman.
- Penambahan zat tanah serta struktur tanah lebih baik.
- Meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah.
- Menurunkan kadar akar menyerap zat metal berat seperti Cadmium dan Plumbum yang boleh meracuni pokok.
No comments:
Post a Comment